Tuesday, December 27, 2011

2011

Haa..tinggal beberapa hari lg 2012..seperti biasa masih mengfokus pada kerja. x banyak masa lah boleh update blog.
2011 banyak peristiwa tercoret dalam sejarah kehidupan sy antara ny:
- pelajar semester akhir yang penuh cabaran
- thesis thing. berjaya juga siapkn thesis..data collection, writting, printing..
- viva, several clinical exam non-stop w/i 1 week
- finish degree! Yay!!
- and graduation
- Alhamdulillah first job ever, optometrist at Optical 88.
- bought a car: Viva Elite - at first borrow some $ from parents and some loan..and paid $ parents already and still pay some loan from month to month
- join some conference/talk: CIBA Vision, THONEH 1st Symposium, and Science and Optometry Vision Science Symposium 2011.
see..tahun ni status belajar ke bekerja..
semoga tahun2 akan datang akan mencoret lebih banyak kejayaan..
see u 2012!!

Friday, November 11, 2011

2011 november 11

waah..hi2!!
dah 1bulan biarkn blog ni tanpa entri..sorry, menfokus pada kerja sekarang nih..
selamat hari raya aidiladha!!tahun ni raya haji macam xberaya..berharap dapat buat korban pada aidiladha depan..keluarga pulang ke kampung dan sy keseorangan di kota ini..kerja kn..
dan sekarang dah november, dah lupa ada apa pada oktober..
jadi cakap pasal november je la..hari ni post ke alamanda,dah lama nak pergi.cuma xada tujuan je.jadi, sekarang dah ada tujuan.apa khabar alamanda??
dan.. 20.11.2011 seorang kawan akan melangsungkan pernikahanny..sebaya..dan sy akan turun JB menghadirkan diri..
and 19.11.2011 is NIOS 1st symphosium, I would like to join, register already..but not so sure what will happen..
ok, just briefly about november..i'll update later..see ya!

Thursday, September 8, 2011

sebulan berpuasa, tiba syawal

hi!!selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir dan batin..
cerita mengenai raya..seronok!cuma kurang dari sebelum2 nya..tahun ini tiada lagi duit raya y banyak..sebalik ny tiba giliran sy bg duit raya..seronok bg duit raya nih..
tahun pertama bekerja, plan cuti seminggu tidak lulus..4-5 hari saja cuti..hajat dua hala pergi balik bersama keluarga terpaksa ditukar..last minute cari tiket flight mmg lah mahal teramat..dah nasib..
1st time lah sy naik flight kali ini..naik jugak flight.first2, nk ckp excited..tak juga..nk cakap takut..ad sikit..tapi sepanjang atas flight tu, tenang saja..seat sy sebelah tingkap..so, blh laa sy tengok2 kt luar kn..sy nih, takut tinggi jugak laa dulu..tapi, selepas camping semasa di kmj..suka pula tinggi nih..sbb mse tu main abseiling..dan sekejap je dah sampai kl..
masa tu, hari raya ke-3..sampai2, sorang2..rasa macam perantau pn ade..naik laa klia express.yang nih paling best..he..lps tu, xsuka nak naik ktm..ramai orang..dan orang asing..bukan orang malaysia.. dan lelaki..sy patut naik koc wanita lah lain kali..selamat sikit..
nuha datang jemput balik rumah.petang tu, dia masuk kerja jam 4..dan selepas tu xjumpa dia pn smpai 3 hari..kami kerja shift.sy balik dia dah pergi kerja. dia balik lak, sy dah pergi kerja..
balik2 kl terus kerja3..xde pn rasa sedih raya kt kl..huhu

Tuesday, August 9, 2011

cabaran bulan puasa

tahun ini, tahun pertama berpuasa ketika bekerja. pada permulaan nya agak risau penat bekerja, tetapi Alhamdulillah masih mampu bertahan. sudah satu minggu bulan Ramadhan, berbuka puasa tiada teman sesuatu yang tidak seronok. tetapi perkara ini bukan perkara besar. waktu berbuka, semua tempat makan dipenuhi manusia berbagai bangsa dan agama, beratur panjang dan perlu bersabar, itulah dugaan ny. juadah puasa bukan lah sesuatu yang dinanti2 kan lagi..berbuka dengan fastfood salah satu pilihan yang boleh di ambil.
jam 6 petang, bukan waktu sesuai untuk memandu, kerana jalan raya akan sesak dan berbuka puasa akan di atas jalan. jadi, kena lah bersedia kurma di dalam beg.. dan air kosong.
cerita ini tak seronok lah..

finish renovation

oulet ni dah jadi sangat cantik..dan besar..2-3 hari pertama beroperasi sedikit penat dari kebiasaan. namun, bisnes agak baik pada hujung minggu pertama. wah..nampak nya perlu masa lagi untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru ini. sungguh mencabar baru sahaja masuk bulan ketiga bekerja, ini adalah kali ketiga (biasa nya sekali sahaja perlu sesuaikan diri). adakah ini peluang atau cabaran? semesti nya masih belum selesa dengan keadaan yang berubah2. masih banyak perkara yang perlu dipelajari, dan lebih banyak masa yang akan diambil mengikut jangkaan sy..

Wednesday, August 3, 2011

seperti kebiasaan, gembira datang bila akhir bulan. dan kali ni saya dapat merasainya sebagaimana orang kebanyakan. dan sy mula merasa sangat bertuah berpeluang untuk belajar menguruskan nya dalam masa yang secepat ini. dan sy mahu belajar lagi!!

goodbye subang parade

3 weeks helping at subang parade branch, was a good experience. meet new people and had a lot of cases..yesterday was the last day..thanks to all staff, learn a lot from all of u. till we meet again!

Friday, July 22, 2011

subang?

1st week di subang ok. cuma, timing lari sikit. jalan raya pun tidak seperti yang dijangka. xfaham lah. penat ada..ye lah 4/6 days full day shift. sedikit xsihat. tapi blh tolerate lagi laa..

renovation

3 minggu renovation..hu,post dkt subang lah 3 minggu nih. ada sifu kt sne..blh blajar dari dia laa..
kemas2, huh..mkn ramai2 di kenny rogers..he..

Saturday, July 9, 2011

wangi Vee

hari ini 1st time Vee sy basuh..wah, sgt comot..sudah 1 bulah bru mau basuh..

9julai

9pm, jalan sesak dari rumah ke hosp. sg. buloh.it takes about 2 hours..sgt2 jam..
1pm, suasana di jalan raya sangat lengang..tidak seperti biasa..sgt suram..trafik dari subang ke bandar sunway sangat lancar..kan best hari2 macam ni..

Wednesday, July 6, 2011

atm card

hu..masih tidak dapat buat kad atm. masalah sistem kata nya..sy xtau branch lain..sy xnk..xnak!

1st pay slip

alhamdulillah..skrg sudah faham..
1hb, sempat jumpa WUB sekejap saja. xsempat nak jalan2 bersama dia.dia comel..isnin dia da ke daerah kuala selangor..

Friday, July 1, 2011

rasa

dlm alam pekerjaan ini, masih belum sepenuh nya dapat mengurus dengan baik. hari2 perlu belajar benda baru, dan hari2..kerja makan dan tidur..rasa gumbira yang di nanti2 tidak seperti yang diharapkan.wuu..kebiasaan nya orang akan merasa gumbira. sorry abah umi, kene tunggu bulan depan lah macam ni.. semua plan dah kene susun balik..hu, tidak tahu lah bagaimana harus di kembangkan di sini..

Monday, June 20, 2011

new route

genap 1 minggu bermula dengan alam pekerjaan, sy telah mencari jalan baru pulang ke rumah. jalan y biasa terasa sunyi dan agak jauh, pulang ke rumah nak cepat, setelah penat bekerja. sy telah menemui jalan baru, jalan dalam bandar, dan sy ske walaupn banyak kereta, dan tidak banyak kesesakan. jalan keluar dari tempat kerja adalah lebih lancar ikut jalan baru ini.
mula2 terasa penat drive, sy ingat penyebab ny adalah stress di jalan raya. sebab tu, sy cari jalan baru. setiap hari, sakit kepala dan belakang, buat sy rasa xtahan. xkn sy nak ambil panadol setiap hari? tetapi, masalah di sedikit sebanyak selesai setelah sy setting balik seat kereta sy. maklumlah, x biasa lg dengan kereta ni. kira ny baru 1 minggu drive kereta ni. dan sakit lenguh2 semua semakin berkurang..
dan setiap hari, jam adalah perkara stress yang biasa. so, untuk kurangkan stress, mungkin sy kena dapatkan album lagu kesukaan sy. putarkan sepanjang perjalanan pulang..

Friday, June 17, 2011

C.O.M.P.L.E.T.E

hari ini result semester akhir keluar. keputusan 3pointer dan sy telah selesai pengajian selama empat tahun ini. Alhamdulillah..

kerja ha ha ha ha

Isnin lepas, sy telah masuk kerja. alhamdulillah, offer pertama yang sy dapat, sy terus accept. semoga sy dpt menimba byk ilmu dan pengalaman..go!go!go!
hari pertama, ok..sy kerja full day. di sini 4 optician dan 1 SA. mereka anthony, sharon, nicole, joey & ow yang. semua baik2.

Saturday, June 11, 2011

babies

2 org bayi telah selamat dilahirkan bulan jun ini, sepupu baru: fatima azalea & anak sepupu: nazrin fahmi.sepasang lah, lelaki dan perempuan..

Tuesday, June 7, 2011

wedding wedding wedding

banyak nya wedding!!! rasa gembira mesti lah ada..sy dah mula suka wedding2 nih. setelah wedding ayah su, wedding khalil (ayah sepupua) kemudian nya. ini wedding yang sy attend la. banyak wedding yang xdapat pergi. sy sorry sangat2, x dapat menhadirkan diri. wedding2 tersebut termasuklah: nimma(28mei+4jun), faznira(3jun), hafizah(3jun). semua nya kawan2 sy di SKSS2, TM. dan termasuk senior sy, kak sarah (3jun). tahniah buat semua!

balik kampong!!

lama sudah tidak berblog..since last post, sabtu pulang ke kampong. bile yeh last sekali balik kampong??rasa nya dah hampir 1 tahun, iaitu raya tahun lepas. gembira hati lah sudah lama tidak ketemu sama kampong, sedara mara la..
balik kali ni pun ada tujuan nya. bukan saja2 nak balik. tujuan: pernikahan pak cik (pak cik bongsu sebelah ayah). pada malam ahad, 28Mei, akad nikah nya berlangsung dan esok nya adalah majlis di rumah pengantin perempuan. dan hari selepas itu, majlis di rumah pengantin lelaki.
kali ini balik, tidak terasa banyak masa.. sibuk dengan majlis.dan setelah selesai majlis,eh sebelum berakhir majlis, kami terpaksa pulang ke rumah halaman di selangor. jadi balik lah Amin, Ing dan sy ke rumah.. Amin kerja esok nya. haa..dapat makan mc d. makan3, dalam jam 11mlm selamat tiba di rumah halaman.
ini lah cerita balik kampong. hahaha

Thursday, May 26, 2011

interview & offer letter

setelah hampir dua minggu dari SAAG interview session, beberapa rakan seperjuangan telah dipanggil untuk second interview, dan beberapa interview. dan dah ada yang dah dapat offer letter. tahniah rakan2!
mungkin masih ada yang masih belum mendapan jawapan dari mana2 syarikat, berharap sabar dan yakin pada doa. sentiasa lah berdoa agar semua nya di permudah kan. rezeki di tangan Tuhan. menjadi urusan Nya mengatur bagaiman rezeki dan masa depan kita semua.
mungkin ada dia antara kita perlu mencari iktiar. jadi berusahalah!
sungguh tidak percaya kita semua kian meniti alam pekerjaan.
all the best dan semoga berjumpa lagi.
telah hampir 1 minggu WUB berada di JB. semoga sihat2 selalu..

Friday, May 20, 2011

hari ini, bersiar2 bersama WUB sekitar kampus..last day dah ni..sambil2 teringat kenangan2 bersama classm8 rum8..and last trip pindah barang. tahniah!2x berjaya juga WUB angkut sume barang2 walaupun 3x angkut..ok la tu.good performance kot!
wahh..

Thursday, May 19, 2011

service

hahaha..servis WUB di palm spring hari ini. xbiasa lah! nasib baik weekdays, xramai orang. dan sangat cepat. bila lagi boleh sama2 servis WUB?huhu..tinggal beberapa hari je lagi, WUB akan tamat perkhidmatan nya dengan sy.all the best WUB!!;p

gathering

ahad lalu, birthday party haziq & yaya..wah, dapat jumpa relatives..
hari selasa,hari cuti..melawat Achik & family di Nilai..sekali lagi dapat jumpa relatives..
sungguh best bila dapat jumpa relatives nih..

Monday, May 16, 2011

Jumaat yang indah

hari ni, submit hard cover. lepas solat jumaat baru bergegas submit. hari jumaat semua packing2. bulan ni dah nak pindah keluar. dah habis..lepas pulang dari fakulti barulah sy angkat barang2 ke dalam kereta. rumah tingkat 3. 8x kot naik turun angkat barang sorang2. rakan2 classmate petang ni pergi picnic, xdapat nak ikut. hati nak kembali ke rumah rasa tak sabar. walau apa pun, planning sangat tepat, sy tak rasa penat pun. tipu lah x penat langsung. tapi xde effect lenguh2 badan next day tu. planning sy berjaya..yes!
sekarang sy boleh mula bercuti. jom cuti!!!
oops..lupa something..sy dan kwn2 dan lecturer2 keluar makan2 area damansara.thanks madam!!

Sunday, May 15, 2011

SAAG

terima kasih 2x. SAAG banyak membantu. 11hb & 12 hb Mei SAAG kt farmasi. ceramah kerjaya hari rabu, best!!! penceramahnya salah seorang ahli kumpulan nasyid Nowseeheart iaitu en.Idzhar. terima kasih 3x. fakta menarik: 70% of our body composed of water. kajian terhadap molekul air nih menunjukkan bentuk cantik & seragam apabila disebutkan perkataan yang baik2. seperti: sayang, terima kasih, dan maaf.jadi sebutlah perkataan yang baik2. supaya air dalam komposisi badan pun cantik. lahirlah insan yang cantik.
the next day, Khamis.. ini hari interview kerja. pengalaman pertama nih. ok2 laa. sy pergi je semua interview yang ada hari tu..keputusannya kena lah tunggu another 2 weeks.
selepas selesai interview2 itu, dalam pukul 6ptg..pergi lah kami bertiga ke Shah Alam: Hard Cover dah siap!!!!!seronok2.even penat habis hari tu. sambil tunggu selesai, pergi makan di Food Court Shah Alam Seksyen 2. Murah!!! memang xpernah makan murah macam ni. murah sangat. dalam jam 9 malam barulah semuanya selesai. drive pulang ke Puncak Alam. gelap..xde lampu..rasa ny semua pn tidur..entahlah..tapi dalam kereta diam je..scary..malam Jumaat..selamat tiba di Puncak Alam kira2 jam 10 mlm. segera nak tengok anjasmoro. drama bersiri dlm TV3 tuh..hehehe

Tuesday, May 10, 2011

thesis hard cover

selesai sudah exam, next task: thesis for hard cover submission. bertungkus lumus lah semua siapkan thesis 13 Mei kena submit. mencari2 mana nak buat hard cover. Old Town PJ?Seksyen 2 Shah Alam?Serdang? last2 decide ke Shah Alam. Serdang jauh lah. 1 jam perjalanan.
servey2 kedai sambil2 lunch rm1 keropok lekor, dah jumpa kedai!
dalam 2 jam jugak la pusing2 dalam tu. print. then buat 4 copy siap2. order hard cover: dark blue. bayar. SELESAI! Khamis 6ptg siap..

last exam paper

tanggal 7 Mei 2011, maka berakhirlah peperiksaan akhir tahun akhir sy, iaitu kertas OCA II. kemudian, setelah itu pun maka diadakan sesi bergambar. sendiri2 plan lah. ametur.. dalam 2 jam baru lah selesai.

Wednesday, May 4, 2011

first one thousand

waa.. sampai juga sy drive 1000km dengan WUB nih. banyak berjasa WUB umi. bulan ni, bulan terakhir lah dibawah pimpinan sy,hu.. dia bawa sy pegi posting ke hospital2, beberapa hospital. sy bawa kawan2 makan2, haa..konvoi raya..meraikan hari2 memperingati saat2 bersama..(ape tu?)..he, time belajar lah kena enjoy! enjoy pun xde la lebih2. makan2, jalan2 pun dah happy. belum lagi shopping.
terima kasih WUB!;p

Friday, April 29, 2011

viva

waa.. viva??ya, viva for thesis and for overall knowledge. viva ini di evaluate oleh external examiner from...overseas..he..ok la, not bad. certain question yang x boleh jawab tu, just leave it. mm.. viva dijadualkan 26 and 27th Apr. masa ni, semua orang bertahan, memang penat clinical exam for several days and need to prepare for presentations(viva). just don't give up.

clinical exam

ya ya ya, sibuk nak clinical exam. clinical exam bermula pada 20hb Apr. 20-21th Apr adalah clinical exam for POC. meh laa cerita sikit. rupa2 nya macam clinic biasa, nervous pada mulanya yang teramat sangat. sebab xtau apa conditionnya bila dalam exam. turn sy paling last that day, pukul 4 baru masuk. xpernah2 ambil patient pukul 4. 1st case sy dapat high myope and anisometropia. alhamdulillah ok. kak hafizah, e eh, pn. hafizah yang evaluate sy hari tu. mula2 sy jumpa dia masa 1st day practical di HKL. beliau juga merupakan hari pertama di HKL waktu itu. dia baru lapor diri pagi itu. dah dekat 1 thn sy kenal dia. patient nih ade rupa la..hehehe
ok, second case is myopia. a simple case. macam xpercaya mula2 dapat case ni. xhabis2 fikir "mesti ada something wrong with this patient?". tapi, akhirnya semuanya berlalu begitu saja. examiner ni adalah supervisor clinic,jadi nervous tu kurang sikit. tambah2 patient tu my junior. thanks!
next is, SOC clinical exam. 4 minor clinic dalam exam ni. pada tarikh 22th Apr, xtau lah kenapa nervous sangat. sy merupakan antara 4 candidate pertama yang masuk. terus rasa macam blank. dah la malam sebelumnya tak study sangat. main2 tengok tv. stress ok..1st clinic pediatrics followed by OD, BV, & LV. sebab nervous sangat pediatric, x perform.same goes to OD. OD dengan external examiner from overseas. baik dia..hee..BV and LV lebih baik lah.
then weekend relax2 sikit..
the next monday, CL clinical exam. fitting and aftercare. kali ni turn paling last. RGP, for me..susah..but manage to perform quite well. alhamdulillah. cuma aftercare session petang xberapa. mungkin gangguan emosi..

generasi dinosaur

haa..tengok2, belek2 kalendar,dah 2 minggu tak sentuh blog. minta maaf semua, jangka mas tersebut sy give full commitment to my study. sebelum cerita itu, tentu semua nak tau, ape laa tajuk ni nak cerita. generasi dinosaur kat sini adalah biawak..mengarung..bla bla bla.both of them,sy telah jumpa dalam masa 1 minggu,7hari..kepulangan ke tempat pengajian,hari ahad masa tu, terkejut! ape la yang blok jalan ni? tengah laju2 drive, tak lah laju..dekat selekoh mana boleh laju2, ada burung..sepasang burung gagak, sedang mengerjakan seekor biawak. biawak tu ke kiri, ke kanan.. ke kiri balik. macam mana sy nak lalu nih?? besar jugak lah, boleh kata kalau letak biawak tu tengah2 bawah kereta pun xcukup. nasib baik dia pergi dari highway..
tu satu cerita, lagi satu..tak tahu lah biawak yang sama ke tidak, ini dekat area kampus. hari itu, the next day..a'a betol2 the next day. pada waktu yang sama dengan semalam nya. tapi ni nak balik rumah, dari fakulti. sedang2 potong kereta depan, nak pulak biawak ni lintas jalan. of course la laju masa tu, dan kami berempat dalam kereta tu..serious tak nampak biawak ni melintas. kereta sebelah tak brek pun?. brek mengejut lah, tapi rasa kot pijak biawak tu..sorry..nasib ekor dia je.hidup lagi..
habis cerita biawak, mengkarung pulak. xde ape pun boleh cerita. cuma bila jumpa mengkarung teringat kat biawak.

Sunday, April 17, 2011

saat2 genting

sebelum bergembira pada dinner glamz & glitz nite, sebenarnya ada suatu perkara penting semester ini iaitu thesis presentation. sehari sebelum dinner ini lah semua nya berlaku.. memang lah nervous time tuh, tapi lepas je present lega lah sikit.
ok, minggu seterusnya selepas dinner nih, mula lah kene submit everything. semuanya bermula dengan OCA II cases yang total semua 28 cases. adalah format dia.. minggu itu, bertungkus lumuslah menyiapkan assignment tersebut. pada masa yang sama thesis correction pun kena buat lah. sebab nye nak kene submit 13 hari selepas d present iaitu 14 april. pada hari jumaat, supervisa ada di sekitar kampus, so kenalah buat juga correction. banyak nak kena add up. banyak nak kena baca. banyak nak kena cari journal. tapi saya cuba buat sampai siap. dan berjaya siap email kt supervisor..
minggu ini pulak, ready nk submit thesis utk dievaluate oleh external examiner yang akan datang ke sini hari ini,17april. owh, hari ini dia dah sampai..betol2 kena hantar yang macam final thesis lah cuma tak buat dalam bentuk hard cover je. comb bind cantik2 je. banyak keluar duit. terasa lah duit macam air keluar. semua empat copy kena hantar. minggu ini jugak banyak stay-up sapai 4-5 pagi.
tahu tak, hari khamis lepas dah hantar thesis 4 copy tuh, ada lagi assignment kene submit hari jumaat. iaitu: blueprint ENT, presentation ENT, dan logbookS.class ENT adalah pada waktu pagi jam 8.30.ada masa <24 hours nak siapkan semua nya. bunyi nya macam last minute kan. majoriti kami memang macam ni lah keadaan nya. boleh siap juga ENT pada keesokannya. lambat sikit lah pergi class. naseb baik kami dapat turn paling last antara semua presentation. dan, rupa2 nya hari ini ada test for POC III and CL II. terbahasa inggeris disitu..memang dah tau ada test, tapi tak prepare pun. main redah je. soalan nya tak lah susah seperti sebelum ini. test nya sekejap je 20minutes each. nasib baik soalan objektif, jawab berdasarkan kefahaman selama 4 tahun ni. kemudian, tak habis lagi cerita hari jumaat ni.. kene hantar logbookS before 4.30pm. even selalu update logbook POC III and CL II, tapi ada beberapa perkara kene finalise before submit. and for SOC III (LV), tak cukup case! pinjam case group lain..huhu..akhirnya tamat lah hari itu. seperti biasa hari jumaat pergi Econsave, cari stok makanan. dan..YAY!!! pulang2 kerumah. saat2 macam ni, rase nak balik rumah..huhu.

glamz and glitz nite 2011


sudah sekian lama tak coret di blog ini. muahahaha... semakin busy dalam masa dua minggu ini. mungkin dinner ni adalah hari terakhir dapat rasa gembira sebelum hari sekarang (hari ini). namun, ada juga rasa sedikit sedih ingin meninggalkan dunia belajar. tak mengapa, terima kasih semua lecturer2, staf2, semua2 yang memberi sokongan dan tunjuk ajar. peristiwa ni actually dah dua minggu lepas. tak banyak perkara nak boleh conteng kat sini. jom tengok gambar (from fatin):


ini gambar "black&white" pada dinner tersebut
prince and princes dinner

and housemate2

lama sungguh nak boleh upload gambar. nak tengok lagi banyak gambar tengok kat sini--> http://www.facebook.com/media/set/fbx/?set=a.198850343489017.46304.100000921570791


Friday, April 1, 2011

ini hanya satu permulaan

hari ini, hari thesis presentation..actually,sepanjang minggu ni merupakan hari2 itu. dan saya dijadualkan hari ini. tak nak story pasal benda yang serious ini.. setelah selesai, sejuk2 gigil semua terus hilang..ini baru satu, tak tahu lah macam mana situation yang mendatang. ya, banyak lagi cabaran,this is only one of them..

Thursday, March 31, 2011

sakit bila jatuh

entri in mungkin agak pelik tajuk nya. saya tak pasti relevan atau tidak tajuk ini dengan isi kandungan entri ini. sekarang ini, hampir kepada kemuncak pembelajaran saya, saat2 paling genting, klimaks segala2 nya. belajar mana yang tak susah? janji kita buat terbaik, hasil nya berbaloi. kurang 1 bulan lagi saya akan melalui final exam paper. semester ini, seperti semester lalu, 2 paper..bukan setakat exam paper,ada lagi lah clinical2 exam yang belum diketahui masa dan waktu nya. tapi saya dapat rasakan, sebelum fnal exam paper itu.cukup bersediakah saya?? susah nak cakap bila sampai soalan ini ditelinga. sekarang ini pun, keadaan kesihatan tidak memberangsangkan. saya tidak pasti adakah disebabkan tekanan?atau tidak cukup rehat? atau makanan saya tidak sihat? atau lain2 faktor..usaha dan tawakal mesti perlu. saya kena ingat satu perkara ini..

biskut kering

hi
tak pernah2 saya menulis perihal makanan. tapi kali ini, keluar cerita biskut kering. apa lah sangat setakat biskut kering. cerita orang biasa yang semua orang lalui. tapi takpe, saya nak cerita juga. biskut kering ni memang berguna..ini sebab saya lapar lah pagi2 buta. orang kata, before tidur tak elok makan. tapi dari tak boleh tidur tuh, baik makan. tak pasal2 nanti kena gastrik pulak. jadi malam ini, jam 1 pagi, saya jamah biskut kering, dan saya terfikir.. sedih juga kalau makan biskut kering je memanjang. Alhamdulillah, makanan saya variety, and pada masa sama saya dapat merasa insan2 tak bernasib baik- kais pagi, makan pagi..sebab masa tu saya makan sorang2 je(semua dah tidur),lagi laa feel..biskut kering pun biskut kering lah, janji beralas perut..

Sunday, March 27, 2011

meserable

minggu ni,saya kene siapkan jugak thesis.seriously.minggu depan da nak kena presentation.agak sibuk sepanjang minggu, tambahan ada program2 tambahan.
Rabu lepas, lawatan ke MAB -Malaysia Assoc. for Blind.best, thanks to ajk penganjur. sometimes buat saya rasa nak jadi volunteer kat tempat tu.itu akan difikirkan lagi in the future.
Khamis, last OD posting ke hospital Selayang.paling suka pergi Selayang-tak tau kenapa.hehe.. kali ni, tak macam biasa,4 orang sekali pergi.macam sedikit merah dari biasa.selalunya berdua. lunch that day ke KFC SU.makan2 try new menu kat sana.
kemudian jumaat kami ada progress presentation for technopreneurship. punya lah scary, produk tak berapa nak techno.tapi idea dah di accept.boleh go on ngan idea ini. pada hari yang sama, perasmian "successor in planner"-aktiviti persatuan.a good and new idea actually. tak nak lah elaborate banyak2 mengenai perkara ini.
weekend ini,ada kursus kahwin.tapi saya bukan salah satu peserta..tak tau la,belum terdetik lagi..nak rehat2 kat rumah,lagi pun banyak lagi kerja nak buat before presentation the coming week.
jadi seingat saya sepanjang minggu ni memang awal laa bangun..beberapa hari berturut2.walaupun macam penat,no back pain anymore, Alhamdulillah.
ok, nk prepare for presentation lah.the coming week pun agak banyak program..wait for it!

Tuesday, March 22, 2011

penunggu rumah kedua

sunyi
hari ini sungguh sepi
hujan renyai-renyai bertukar
lebat
langit biru menjadi
gelap

dalam keadaan full of stress
semua menjadi tidak tentu arah
semua masing2 ikut suka kata hati

dalam hujan
semua benda rasa nak letak tepi
nak layan hujan
tidur pun best

tetapi...
jeng jeng jeng
tanggungjawab harus diutamakan (hohoho)
alamak manyak punya kerja

suasana klinik amat suram
semua diwajibkan menghadiri program
saya..tinggal di klinik
hari ini jadual saya ada klinik
sampai semua patient pun tiada
lagilah bertambah sunyi

apa lagi
la la la kerja ha ha ha

...

Thursday, March 17, 2011

expert in something we never do it anymore

posting ke hospital serdang kali ni dah tak lost lagi. best juga feel macam ni. pergi balik jumpa jalan. kali ini bertolak lah awal sedikit dari biasa.risau nanti2 lost lagi.tambahan traffic jam yang semakin berleluasa.saya sangat suka drive kali ni,xpenat.ye la,bila jumpa jalan(jalan yang benar,yang lurus) dan tiada lagi traffic jam.sangat seronok.letih pun boleh jadi seronok.semua ni psikologi semata-mata.saya nak lagi drive tak lost dan tak traffic jam.

tetapi, ini merupakan kali terakhir saya ke hospital serdang.dalam jadual saya,memang last lah.tak tau lagilah kalau saya kena pergi lagi,tapi atas urusan laen lah,bukan pasal belajar.tapi kalau nak belajar pun boleh.belajar kenalah berterusan kan?saya tak tau lah route mana lagi akan buat saya feel macam ni.i'm waiting for it!

Sunday, March 13, 2011

weekends

saya sangat suka
perasaan ini macam
rasa duduk rumah hari2 minggu
bila dapat spend masa dengan family
kat rumah atau somewhere else
saya sangat suka rasa ini

pagi2 bangun hari ini
bukan senang nak bangun awal
plan nak basuh kereta
sudah lama tak basuh kereta
selalu nya memang ter skip
tak bangun2
abah yang basuh
rugi lah selama ni
sekarang baru nak feel
sangat suka rasa macam ni
ada abah teman
susah nak dapat waktu2 berkualiti ini

bila bercakap mengenai weekend
saya sangat risau
tak laa risau sangat pun
terfikir laa
saya kene kerja weekend
memang dalam field saya macam ni
saya faham
susah dah lepas ni nak ada weekend
sekarang kene spend weekend baik2
bila dah kerja, tau laa cari inisiatif lain
belum fikir lagi macam mana

selepas itu
kenduri!!!
wedding..saya rasa saya dah mula suka wedding
owh..tidak..kenapa??
sebab wedding sangat bahagia
best
ok~

dehydrated

awal2 minggu ni cuaca sangat panas
Alhamdulillah sampai rabu hujan mula turun
sampai tengah2 malam bangun cari air minum
sangat banyak perkara nak dibuat
pada asal nya 21/3 ialah thesis presentation
body clock saya pun dah berubah2
ada masa tidur lepas magrib
ada masa 12tgh mlm baru nak tidur
bila dah tidur awal, ada kala boleh sedar
dan bangun stay up
tapi ada kala sedar tapi tak boleh nak bangun
dan apa yang mengconfusekan; bila dah plan nak tidur awal, tak lelap lah
dan bila dah pukul12am dah mengantuk
dan kerja lansung tak sempat nak buat
dunia akan jadi miserable untuk beberapa bulan ni
Berusaha!!

Thursday, March 10, 2011

traffic jam

macam xpercaya saja, memang banyak kereta atas jalan. hari ni ke hospital selayang. pergi-pulang pun kereta2 bersesakan di jalanan. semester lepas, keadaan jalan raya tidak seperti ini. macam mana ni??

Friday, March 4, 2011

end of a tired week

minggu ini saja
sudah dua posting
selasa ke NASOM di area bandar KL
rabu ke hospitah serdang
lost memang lah
xsuke bila dah lost

kemudian..
ape yang penat sangat ye??
xtau la

minggu ni saja
tiap2 hari waktu tidur awal
tiba2 teringat abah
mesti dia penat
macam sekarang
tidur awal
sampai semua tv program
yang follow pun jadi xfollow

minggu ni
memang x enjoy watching tv
the only entertaiment
macam mana boleh tahan?
memang bagus lah

minggu ni
pergi kenduri kakak kepada kawan kahwin
ingatkan konvoi ramai2
apakan daya
1kereta saja

minggu ni
1st time jumpe supervisor
hari ahad
weekend
salute lah

ini lah
minggu ni

hari ini har jadi cikgu

percaya atau tidak aku pernah bercita-cita nak jadi seorang cikgu. masa kecik2 macam2 lah cita2 nak jadi doktor, pilot, engineer..tapi semua yang tersenarai itu bukan lah ak punya pernah cita2. sekarang aku bukan lah cikgu, tapi hari ini aku dah jadi macam cikgu. terima kasih kepada tenaga pengajar kos jururawat kerana memberi assignment kepada pelajar mengenai pemeriksaan rutin. apa aku diberitahu, mereka perlu mengexplain kefahaman mereka terhadak pemeriksaan ni. hari ni mereka semua kena submit. jadi minggu ni saja lebih 3 orang yang saya kena mengajar. best juga jika jadi cikgu ni, lagi2 kalau they all semua tu ada eager nak tau. so, mereka akan dengar saja aku cakap.baru lah rasa pandai sikit bila dah ajar orang lain tuh.
kesimpulan nya kita kenalah share ilmu di dada. kita juga yang dapat benefit nya.. bukan orang lain saja.

Saturday, February 26, 2011

KL is not me

ophthalmology posting di HKL minggu ni..best!sebab dapat banyak ilmu dengan Dr. Su..walaupun dr. sedikit badmood tapi dia masih bagu tunjuk ajar. selalu d akan pilih dr. melayu kalau ada kesempatan untuk memilih.bukan nak anti ke ape..dr. berbangsa cina pun best, india pun sama.cuma kadang-kadang kita akan jumpa pesakit yang tak tahu cakap bahasa melayu. bahasa inggeris pun lagi ak tahu.memang sedikit susah, masing-masing selesa berbahasa ibunda.d tak dapat peluang nak dengar apatah nak faham apa yang dr. sampaikan kepada pesakit tersebut.dan takkan nak minta dr. tu ulang lagi sekali.dah ganggu masa dia nak membantu rakyat.haha..kesimpulannya cepat-cepat lah belajar beberapa bahasa dan diaplikasi.

tapi paling tak suke bila sesat jalan di bandar KL.for me,KL sesuai berjalan kaki je,dan naek transport awam je.semenjak d belajar di sini (mula2 kolej di KL dan kampus di PJ, sekarang dah di Kuala Selangor), memang banyak berjalan. 1st year 2nd year banyak lah turun KL. ape lagi shopping lah. dah sampai 3rd-4th year dah semakin kurang. 3rd year tiap-tiap hari naek turun tangga 200 anak tangga memang exercise lah katakan. risau juga side effect kepada joint & muscle. 4th year sudah lama tak menjejaki tangga 200 anak tangga tersebut rasanya impossible berjaya buat macam tiap-tiap hari buat setahun yang lalu.(panjang nye cerita berjalan, kalau literiture review boleh tulis macam ni kan bagus).tak suke lah, bile dah sesat tu, nak 1-2 jam drive, sampai kaki lutut lenguh. tak tau lah kenapa hari ni, 1st time kot rase macam nak stop kan je kereta kat tangah2 jalan.mungkin minggu ni banyak sangat kekecewaan..

munkin ramai yang tertanya2 "apekah?". kekecewaan ni xpayah lah nak cerita, laen kali je la eh? semua nya lebih kepada 'thesis'.ape-ape pun harap2 semua nya dapat diteruskan.


Wednesday, February 23, 2011

the 10th

last Monday, finally reached 10th subject for my research..happy2
tapi, macam xbest la research bila dah xcukup subject terutamanya result dia yang xcantek.it's ok,this is the best i can do. sekiranya ada peluang lagi, kena buat lagi bagus.minggu depan da kena start dengan analysis data. macam xpercaya..harap2 semuanya akan berjalan lancar.

mision:thousand_words

teddy:Febuari ni, d ada mission dia. dia nk tulis word2 yang blh bagi semangat kat dia. ye laa kan dia kan tension. d ni pelik lah, da tension, nk tensionkan diri lagi. pelik lah..

tapi betol ada artikel ni cakap salah satu cara untuk hilangkan stress adalah dengan mencoret kata2 semangat supaya dpt beri semangat. lagi satu, kena lah bagi satu tugasan yang berat.

tugasan berat??ade..cuma untuk mengcompletekan lagi perjalanan hidup. macam,perkara2 yang i'm not expert in..and more to discipline lah.

Tuesday, February 15, 2011

I'm teddy


Hi!!
I'm teddy
yellow shirt
printed happiness on it
bring happiness
&
together face the hardship
ha ha ha
go! go! teddy!

p/s: d is in a mission

Sunday, February 13, 2011

how teddy got it's name

hi everyone!! sebenarnya teddy ni xsempat nak bagi name. jadi panggil je la teddy.. teddy ni "someone meaning much to me". ha..ye la, bila masa tension masa risau masa sedih, teddy je la yang jadi teman. sorry teddy. tapi macam ni la baru bff kn? hehe~teddy ni convinient-kecik comel je dia..nanti la snap gmbar share ngan sume k? jadi, teddy saya bawa skrg. harap2 semua berjalan lancar Final ni.

Friday, February 11, 2011

first month of the Final

after 1month of this clinical year, now only I feel the tense. luckily i'm prepare w teddy..haha..even sometimes it sounds like childish, I just like the way it is. several months to go! Go!! Go!! Chaiyok!!