Thursday, March 31, 2011

sakit bila jatuh

entri in mungkin agak pelik tajuk nya. saya tak pasti relevan atau tidak tajuk ini dengan isi kandungan entri ini. sekarang ini, hampir kepada kemuncak pembelajaran saya, saat2 paling genting, klimaks segala2 nya. belajar mana yang tak susah? janji kita buat terbaik, hasil nya berbaloi. kurang 1 bulan lagi saya akan melalui final exam paper. semester ini, seperti semester lalu, 2 paper..bukan setakat exam paper,ada lagi lah clinical2 exam yang belum diketahui masa dan waktu nya. tapi saya dapat rasakan, sebelum fnal exam paper itu.cukup bersediakah saya?? susah nak cakap bila sampai soalan ini ditelinga. sekarang ini pun, keadaan kesihatan tidak memberangsangkan. saya tidak pasti adakah disebabkan tekanan?atau tidak cukup rehat? atau makanan saya tidak sihat? atau lain2 faktor..usaha dan tawakal mesti perlu. saya kena ingat satu perkara ini..

biskut kering

hi
tak pernah2 saya menulis perihal makanan. tapi kali ini, keluar cerita biskut kering. apa lah sangat setakat biskut kering. cerita orang biasa yang semua orang lalui. tapi takpe, saya nak cerita juga. biskut kering ni memang berguna..ini sebab saya lapar lah pagi2 buta. orang kata, before tidur tak elok makan. tapi dari tak boleh tidur tuh, baik makan. tak pasal2 nanti kena gastrik pulak. jadi malam ini, jam 1 pagi, saya jamah biskut kering, dan saya terfikir.. sedih juga kalau makan biskut kering je memanjang. Alhamdulillah, makanan saya variety, and pada masa sama saya dapat merasa insan2 tak bernasib baik- kais pagi, makan pagi..sebab masa tu saya makan sorang2 je(semua dah tidur),lagi laa feel..biskut kering pun biskut kering lah, janji beralas perut..

Sunday, March 27, 2011

meserable

minggu ni,saya kene siapkan jugak thesis.seriously.minggu depan da nak kena presentation.agak sibuk sepanjang minggu, tambahan ada program2 tambahan.
Rabu lepas, lawatan ke MAB -Malaysia Assoc. for Blind.best, thanks to ajk penganjur. sometimes buat saya rasa nak jadi volunteer kat tempat tu.itu akan difikirkan lagi in the future.
Khamis, last OD posting ke hospital Selayang.paling suka pergi Selayang-tak tau kenapa.hehe.. kali ni, tak macam biasa,4 orang sekali pergi.macam sedikit merah dari biasa.selalunya berdua. lunch that day ke KFC SU.makan2 try new menu kat sana.
kemudian jumaat kami ada progress presentation for technopreneurship. punya lah scary, produk tak berapa nak techno.tapi idea dah di accept.boleh go on ngan idea ini. pada hari yang sama, perasmian "successor in planner"-aktiviti persatuan.a good and new idea actually. tak nak lah elaborate banyak2 mengenai perkara ini.
weekend ini,ada kursus kahwin.tapi saya bukan salah satu peserta..tak tau la,belum terdetik lagi..nak rehat2 kat rumah,lagi pun banyak lagi kerja nak buat before presentation the coming week.
jadi seingat saya sepanjang minggu ni memang awal laa bangun..beberapa hari berturut2.walaupun macam penat,no back pain anymore, Alhamdulillah.
ok, nk prepare for presentation lah.the coming week pun agak banyak program..wait for it!

Tuesday, March 22, 2011

penunggu rumah kedua

sunyi
hari ini sungguh sepi
hujan renyai-renyai bertukar
lebat
langit biru menjadi
gelap

dalam keadaan full of stress
semua menjadi tidak tentu arah
semua masing2 ikut suka kata hati

dalam hujan
semua benda rasa nak letak tepi
nak layan hujan
tidur pun best

tetapi...
jeng jeng jeng
tanggungjawab harus diutamakan (hohoho)
alamak manyak punya kerja

suasana klinik amat suram
semua diwajibkan menghadiri program
saya..tinggal di klinik
hari ini jadual saya ada klinik
sampai semua patient pun tiada
lagilah bertambah sunyi

apa lagi
la la la kerja ha ha ha

...

Thursday, March 17, 2011

expert in something we never do it anymore

posting ke hospital serdang kali ni dah tak lost lagi. best juga feel macam ni. pergi balik jumpa jalan. kali ini bertolak lah awal sedikit dari biasa.risau nanti2 lost lagi.tambahan traffic jam yang semakin berleluasa.saya sangat suka drive kali ni,xpenat.ye la,bila jumpa jalan(jalan yang benar,yang lurus) dan tiada lagi traffic jam.sangat seronok.letih pun boleh jadi seronok.semua ni psikologi semata-mata.saya nak lagi drive tak lost dan tak traffic jam.

tetapi, ini merupakan kali terakhir saya ke hospital serdang.dalam jadual saya,memang last lah.tak tau lagilah kalau saya kena pergi lagi,tapi atas urusan laen lah,bukan pasal belajar.tapi kalau nak belajar pun boleh.belajar kenalah berterusan kan?saya tak tau lah route mana lagi akan buat saya feel macam ni.i'm waiting for it!

Sunday, March 13, 2011

weekends

saya sangat suka
perasaan ini macam
rasa duduk rumah hari2 minggu
bila dapat spend masa dengan family
kat rumah atau somewhere else
saya sangat suka rasa ini

pagi2 bangun hari ini
bukan senang nak bangun awal
plan nak basuh kereta
sudah lama tak basuh kereta
selalu nya memang ter skip
tak bangun2
abah yang basuh
rugi lah selama ni
sekarang baru nak feel
sangat suka rasa macam ni
ada abah teman
susah nak dapat waktu2 berkualiti ini

bila bercakap mengenai weekend
saya sangat risau
tak laa risau sangat pun
terfikir laa
saya kene kerja weekend
memang dalam field saya macam ni
saya faham
susah dah lepas ni nak ada weekend
sekarang kene spend weekend baik2
bila dah kerja, tau laa cari inisiatif lain
belum fikir lagi macam mana

selepas itu
kenduri!!!
wedding..saya rasa saya dah mula suka wedding
owh..tidak..kenapa??
sebab wedding sangat bahagia
best
ok~

dehydrated

awal2 minggu ni cuaca sangat panas
Alhamdulillah sampai rabu hujan mula turun
sampai tengah2 malam bangun cari air minum
sangat banyak perkara nak dibuat
pada asal nya 21/3 ialah thesis presentation
body clock saya pun dah berubah2
ada masa tidur lepas magrib
ada masa 12tgh mlm baru nak tidur
bila dah tidur awal, ada kala boleh sedar
dan bangun stay up
tapi ada kala sedar tapi tak boleh nak bangun
dan apa yang mengconfusekan; bila dah plan nak tidur awal, tak lelap lah
dan bila dah pukul12am dah mengantuk
dan kerja lansung tak sempat nak buat
dunia akan jadi miserable untuk beberapa bulan ni
Berusaha!!

Thursday, March 10, 2011

traffic jam

macam xpercaya saja, memang banyak kereta atas jalan. hari ni ke hospital selayang. pergi-pulang pun kereta2 bersesakan di jalanan. semester lepas, keadaan jalan raya tidak seperti ini. macam mana ni??

Friday, March 4, 2011

end of a tired week

minggu ini saja
sudah dua posting
selasa ke NASOM di area bandar KL
rabu ke hospitah serdang
lost memang lah
xsuke bila dah lost

kemudian..
ape yang penat sangat ye??
xtau la

minggu ni saja
tiap2 hari waktu tidur awal
tiba2 teringat abah
mesti dia penat
macam sekarang
tidur awal
sampai semua tv program
yang follow pun jadi xfollow

minggu ni
memang x enjoy watching tv
the only entertaiment
macam mana boleh tahan?
memang bagus lah

minggu ni
pergi kenduri kakak kepada kawan kahwin
ingatkan konvoi ramai2
apakan daya
1kereta saja

minggu ni
1st time jumpe supervisor
hari ahad
weekend
salute lah

ini lah
minggu ni

hari ini har jadi cikgu

percaya atau tidak aku pernah bercita-cita nak jadi seorang cikgu. masa kecik2 macam2 lah cita2 nak jadi doktor, pilot, engineer..tapi semua yang tersenarai itu bukan lah ak punya pernah cita2. sekarang aku bukan lah cikgu, tapi hari ini aku dah jadi macam cikgu. terima kasih kepada tenaga pengajar kos jururawat kerana memberi assignment kepada pelajar mengenai pemeriksaan rutin. apa aku diberitahu, mereka perlu mengexplain kefahaman mereka terhadak pemeriksaan ni. hari ni mereka semua kena submit. jadi minggu ni saja lebih 3 orang yang saya kena mengajar. best juga jika jadi cikgu ni, lagi2 kalau they all semua tu ada eager nak tau. so, mereka akan dengar saja aku cakap.baru lah rasa pandai sikit bila dah ajar orang lain tuh.
kesimpulan nya kita kenalah share ilmu di dada. kita juga yang dapat benefit nya.. bukan orang lain saja.