Thursday, May 26, 2011

interview & offer letter

setelah hampir dua minggu dari SAAG interview session, beberapa rakan seperjuangan telah dipanggil untuk second interview, dan beberapa interview. dan dah ada yang dah dapat offer letter. tahniah rakan2!
mungkin masih ada yang masih belum mendapan jawapan dari mana2 syarikat, berharap sabar dan yakin pada doa. sentiasa lah berdoa agar semua nya di permudah kan. rezeki di tangan Tuhan. menjadi urusan Nya mengatur bagaiman rezeki dan masa depan kita semua.
mungkin ada dia antara kita perlu mencari iktiar. jadi berusahalah!
sungguh tidak percaya kita semua kian meniti alam pekerjaan.
all the best dan semoga berjumpa lagi.
telah hampir 1 minggu WUB berada di JB. semoga sihat2 selalu..

Friday, May 20, 2011

hari ini, bersiar2 bersama WUB sekitar kampus..last day dah ni..sambil2 teringat kenangan2 bersama classm8 rum8..and last trip pindah barang. tahniah!2x berjaya juga WUB angkut sume barang2 walaupun 3x angkut..ok la tu.good performance kot!
wahh..

Thursday, May 19, 2011

service

hahaha..servis WUB di palm spring hari ini. xbiasa lah! nasib baik weekdays, xramai orang. dan sangat cepat. bila lagi boleh sama2 servis WUB?huhu..tinggal beberapa hari je lagi, WUB akan tamat perkhidmatan nya dengan sy.all the best WUB!!;p

gathering

ahad lalu, birthday party haziq & yaya..wah, dapat jumpa relatives..
hari selasa,hari cuti..melawat Achik & family di Nilai..sekali lagi dapat jumpa relatives..
sungguh best bila dapat jumpa relatives nih..

Monday, May 16, 2011

Jumaat yang indah

hari ni, submit hard cover. lepas solat jumaat baru bergegas submit. hari jumaat semua packing2. bulan ni dah nak pindah keluar. dah habis..lepas pulang dari fakulti barulah sy angkat barang2 ke dalam kereta. rumah tingkat 3. 8x kot naik turun angkat barang sorang2. rakan2 classmate petang ni pergi picnic, xdapat nak ikut. hati nak kembali ke rumah rasa tak sabar. walau apa pun, planning sangat tepat, sy tak rasa penat pun. tipu lah x penat langsung. tapi xde effect lenguh2 badan next day tu. planning sy berjaya..yes!
sekarang sy boleh mula bercuti. jom cuti!!!
oops..lupa something..sy dan kwn2 dan lecturer2 keluar makan2 area damansara.thanks madam!!

Sunday, May 15, 2011

SAAG

terima kasih 2x. SAAG banyak membantu. 11hb & 12 hb Mei SAAG kt farmasi. ceramah kerjaya hari rabu, best!!! penceramahnya salah seorang ahli kumpulan nasyid Nowseeheart iaitu en.Idzhar. terima kasih 3x. fakta menarik: 70% of our body composed of water. kajian terhadap molekul air nih menunjukkan bentuk cantik & seragam apabila disebutkan perkataan yang baik2. seperti: sayang, terima kasih, dan maaf.jadi sebutlah perkataan yang baik2. supaya air dalam komposisi badan pun cantik. lahirlah insan yang cantik.
the next day, Khamis.. ini hari interview kerja. pengalaman pertama nih. ok2 laa. sy pergi je semua interview yang ada hari tu..keputusannya kena lah tunggu another 2 weeks.
selepas selesai interview2 itu, dalam pukul 6ptg..pergi lah kami bertiga ke Shah Alam: Hard Cover dah siap!!!!!seronok2.even penat habis hari tu. sambil tunggu selesai, pergi makan di Food Court Shah Alam Seksyen 2. Murah!!! memang xpernah makan murah macam ni. murah sangat. dalam jam 9 malam barulah semuanya selesai. drive pulang ke Puncak Alam. gelap..xde lampu..rasa ny semua pn tidur..entahlah..tapi dalam kereta diam je..scary..malam Jumaat..selamat tiba di Puncak Alam kira2 jam 10 mlm. segera nak tengok anjasmoro. drama bersiri dlm TV3 tuh..hehehe

Tuesday, May 10, 2011

thesis hard cover

selesai sudah exam, next task: thesis for hard cover submission. bertungkus lumus lah semua siapkan thesis 13 Mei kena submit. mencari2 mana nak buat hard cover. Old Town PJ?Seksyen 2 Shah Alam?Serdang? last2 decide ke Shah Alam. Serdang jauh lah. 1 jam perjalanan.
servey2 kedai sambil2 lunch rm1 keropok lekor, dah jumpa kedai!
dalam 2 jam jugak la pusing2 dalam tu. print. then buat 4 copy siap2. order hard cover: dark blue. bayar. SELESAI! Khamis 6ptg siap..

last exam paper

tanggal 7 Mei 2011, maka berakhirlah peperiksaan akhir tahun akhir sy, iaitu kertas OCA II. kemudian, setelah itu pun maka diadakan sesi bergambar. sendiri2 plan lah. ametur.. dalam 2 jam baru lah selesai.

Wednesday, May 4, 2011

first one thousand

waa.. sampai juga sy drive 1000km dengan WUB nih. banyak berjasa WUB umi. bulan ni, bulan terakhir lah dibawah pimpinan sy,hu.. dia bawa sy pegi posting ke hospital2, beberapa hospital. sy bawa kawan2 makan2, haa..konvoi raya..meraikan hari2 memperingati saat2 bersama..(ape tu?)..he, time belajar lah kena enjoy! enjoy pun xde la lebih2. makan2, jalan2 pun dah happy. belum lagi shopping.
terima kasih WUB!;p